Tanzai POS dibuat khas untuk gerai, kedai kopi dan kedai kecil di Malaysia. Ambil pesanan, terima tunai dan DuitNow QR, tutup kedai terus tahu jualan hari ini. Takde line pun boleh jual.
Tak payah daftar, tak payah download, tak payah kad kredit
Duit dalam laci dengan jualan selalu lari sikit, tak tahu kenapa.
Sibuk sepanjang hari, malam masih kena kira sendiri.
POS jenama besar minta beli mesin, tandatangan kontrak, RM100 lebih sebulan.
Buka pautan terus boleh guna. Tak payah install app, tak payah beli mesin. Pembantu boleh guna telefon kedua.
Tekan tunai, baki dikira sendiri. Pelanggan imbas DuitNow QR boss sendiri. Boleh tambah TNG eWallet.
Pesanan disimpan dalam telefon, naik sendiri bila internet balik.
Jualan hari ini, tunai berapa, QR berapa, apa paling laku. Kira laci, sistem beritahu lebih atau kurang.
Hantar laporan hari ini kepada diri sendiri atau family, dan resit kepada pelanggan, melalui WhatsApp.
Tukar bahasa bila-bila masa. Menu ikut apa boss tulis: Kopi O tetap Kopi O.
Ini skrin sebenar dalam app (gerai contoh). Butang besar, tulisan jelas, tak payah belajar.
Butang menu besar, waktu lunch paling sibuk pun senang tekan.
Masukkan duit pelanggan, baki terus keluar. DuitNow QR satu tekan.
Pesanan disimpan dalam telefon, naik sendiri nanti.


Jualan, tunai, QR, pesanan dan menu paling laku dalam satu skrin.
Kira duit laci, sistem beritahu bezanya.
Satu tekan, hantar angka hari ini kepada diri sendiri atau family.
Guna telefon. Cuba tak perlu daftar.
Nama gerai, jual apa, ada DuitNow QR atau tak. Menu contoh terus keluar.
Tukar harga dan menu bila-bila masa. Kalau best, pesanan cubaan dibawa sekali bila guna betul.
Semua pakej ada semua fungsi. Mula dengan 500 pesanan percuma, tiada had hari.
500 pesanan percuma · tiada had hari · 2 telefon
1,500 pesanan sebulan · 1 telefon
atau RM290 setahun (percuma 2 bulan)
4,000 pesanan sebulan · 3 telefon
atau RM490 setahun (percuma 2 bulan)
4,000 pesanan sebulan · 3 telefon · 3 kedai
atau RM1,290 setahun (percuma 2 bulan)
Lebih had pun masih boleh jual. Tambah 1,000 pesanan RM10. Tambah telefon RM10/bulan.
Tak perlu. Mana-mana telefon Android atau iPhone yang ada browser boleh guna. Nak skrin besar, guna tablet pun boleh.
Masih boleh jual. Pesanan disimpan dalam telefon dan naik sendiri bila internet balik.
Data kedai dibackup ke server kami setiap hari. Hanya boss boleh tengok kedai sendiri. Kami tak jual data boss.
Masih boleh jual. Pilih pakej bila dah sedia; menu dan pesanan kekal. Percubaan tiada had hari.
Boleh. Bayar bulanan, tiada kontrak, tiada mesin nak pulang.
Boleh. Pelanggan imbas DuitNow QR boss sendiri, duit terus masuk bank. Boleh tambah TNG eWallet atau cara lain.
Ambil 3 minit je. Kalau best, WhatsApp kami, kami tolong masukkan menu sebenar.